SMK Ranau

SMKR,Bertekad Gemilang

About Me

Describe me

News and Events

Happy Teacher's Day

Sejarah SMK Ranau

Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau (asalnya dikenali SMK Mat Salleh II), Ranau merupakan sekolah menengah yang ke-10 dalam daerah Ranau. Sekolah ini terletak kira-kira 3 kilometer dari Pekan Ranau. Cadangan untuk membina sekolah ini lahir daripada kesedaran Jabatan Pelajaran Sabah khasnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya tentang betapa pentingnya sebuah Sekolah Menengah yang baru dibina untuk menampung bilangan pelajar di sekitar Pekan Ranau yang semakin bertambah.
Walaupun penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau, Ranau telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1998, tetapi pembinaannya tidak dapat dimulakan kerana masalah ketiadaan tapak sesuai. Oleh itu, Pegawai Pelajaran Daerah Ranau ketika itu Encik Mohd. Nauth Potoh telah diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Sabah untuk mencari tapak pembinaan sekolah ini. Apabila mendengar berita bahawa Jabatan Pelajaran Sabah memerlukan tanah untuk membina sekolah, pihak Jawatankuasa Lembaga Pemegang Amanah Tanah Simpanan Perumahan dan Ternakan Bumiputera Kampung Sinarut, Ranau telah menawarkan sebidang tanah seluas 35 ekar untuk membina sekolah ini. Pada peringakat awalnya, mereka telah meletakkan syarat-syarat tertentu sebagai balasan penyerahan tanah kepada pihak kerajaan tetapi kesemua syarat yang telah dikemukakan itu tidak dipersetujui oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Setelah melalui beberapa proses perundingan, akhirnya jawatankuasa Pemegang Amanah Tanah Simpanan tersebut telah bersetuju untuk menyerahkan tapak pembinaan tanah ini “tanpa syarat” kepada Jabatan Pelajaran Sabah. Penyerahan hak milik tapak pembinaan sekolah ini kepada Jabatan Pelajaran Sabah telah berkuatkuasa mulai pada 14 haribulan Disember 2002.
Selepas itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Syarikat Wilayah Jasa Sdn Bhd sebagai kontraktor untuk membina sekolah ini dengan nilai kontrak RM 39 000 000 000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sembilan Juta). Pihak kontraktor telah memulakan kerja-kerja pembinaan sekolah ini pada 1 Januari 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 13 Ogos 2004. Berdasarkan butir-butir kontrak, sekolah ini mempunyai Tempoh Tanggunggan Kecacatan sehingga 13 Ogos 2006.
Pada bulan November 2004, Jabatan Pelajaran Sabah telah meluluskan pembukaan SMK Ranau, Ranau bermula sesi persekolahan tahun 2005. Pada 28 Disember 2004, bangunan SMK Ranau, Ranau diserahkan sepenuhnya oleh pihak kontraktor. En Habdin Bin Ariffin telah diarah untuk menerima kunci bangunan sekolah bagi pihak Jabatan Pelajaran Sabah. Pada masa yang sama, sekumpulan guru telah ditempatkan bertugas di sekolah ini iaitu Encik Jabilin Hadimin, En Johalim Hj Ishim, Encik Mahat Tahir, Encik Zulkiflee Gakau, Puan Silis Tina A. Basil, Puan Aggness Tona Antonius dan Encik Ashly Kasin. Pada 2 Januari 2005, suatu Majlis Membaca Yassin, Solat Hajat, “meningelig” dan kenduri telah dijalankan sempena masuk ke sekolah yang baru ini. Pada 17 Januari 2005, Tuan Hj Moin Bin Ahmad telah melaporkan diri sebagai Pengetua yang pertama di sek
olah ini. Selepas itu, bilangan kakitangan sekolah juga telah bertambah dengan 16 orang guru dan KTBM pula seramai 4 orang.
Pelajar yang mendaftar disekolah ini pada peringkat awal adalah pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4 yang dipindahkan dari SMK Mat Salleh, SMK Lohan dan SMK Ulu Sugut Ranau. Bilangan kelas yang ada sehingga Februari 2005 adalah sebanyak 11 kelas, iaitu 4 kelas tingkatan 1, 2 kelas tingkatan 2, dan 5 kelas tingkatan 4. Bilangan pelajar keseluruhan adalah seramai 350 orang. Sementara itu, untuk menempatkan pelajar yang jauh, asrama telah dibuka pada 13 Februari 2005 dengan kemasukan pelajar seramai 170 orang. SMK Ranau juga telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSM Daerah, Ranau dan telah memenangi satu pingat perak serta mendapat tempat kedua dalam acara perbarisan.Walaupun sekolah ini masih baru, penubuhannya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang pelajaran. Pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah ini pula telah berikrar akan terus berkerja keras untuk meningkatkan prestasi sekolah sehingga menjadi sekolah yang gemilang bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga di negara Malaysia amnya. Hal ini bersesuaian dengan Visi Sekolah iaitu " Bertekad Gemilang (Strive To Resplendent) Tahun 2011”. (Sumber asal: Majalah Sekolah Inspirasi 2/06)

4 comments:

  1. aPPLe_LOVE said...
     

    sy sukalh d sni dluu.......

  2. Anonymous said...
     

    Sekolah yg hanya nampak hebat di luar tapi kering kontang...menyusahkan

  3. Adhaerens said...
     

    to anonymous: trima kasi atas review n komen anda...

    every school hav their own problem, so it will be great if u can give some useful way how to overcome this problem..

    anyway thanks...

    this blog is personal blog only, any problem can be notify to responsible authorities..

  4. Anonymous said...
     

    kalo ko rasa susah, jan skula sana la..banyak lg skula di ranau bah..

    kalo ko hebat, apa jd dengan kmu skrg? jd doktor?

    jan tgk skola hebat atau ada air ka tiada...tengok ko punya pelajaran dulu br menilai org..

    kerajaan dah bagi skola, tp tidak mau bsyukur...sinang2 ka dapat 30 juta? tu smua dr income tax dan mcm lg..income tax tu dr org2 yg kerja swasta atau kerajaan...

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent